Showing posts with label Review DIY. Show all posts
Showing posts with label Review DIY. Show all posts

Review DIY Project #4: Ombre Photobooth Props.




MoshiMoshi.

*sebenarnya review diy #3 tak post lagi. skip aje boleh?*

Hari mementang tarikh cantik, 20.12.2012 I pun terhegeh-hegeh lah bukak blogger dashboard for the first time dekat office dengan hari ni tarikh release project. blerghh! Kerja banyak lagi mengada nak update blog yang I syak dah tahap perlu duduk hospital bahagia sebab sunyi tak ada update. *Kesian*

Dan mementang la sejak dah kawen 3 bulan lebih lepas dah lupa cara nak update blog secara konsisten. *What ohemgee? dah 3 bulan kahwin tapi seketul habuk tak story pasal kahwin lagi?*

So hari ini, I update tentang photobooth cincai I yang tak seberapa tu. Ye lah last minutes decision nak buat photobooth dan dengan mengharap bridesmaid ku yang cantik ayu comel lawa gorgeous bantu set kan props tu masa 08th September lepas, maka jadi la jugak photobooth cincai yang orang tak kan sangka tak ada screw. Haha.

Inspirasi photobooth ni dapat dari banyak sumber. First sekali of course masa Oshinz - ai itu Love update entry "Ombre Wedding". *sila la kelik link itu. mekasih*

Tetiba lepas mentengok entry Oshinz, rasa jatuh cinta yang amat dekat ombre tone ni. Dalam hati tekad la KONON nak DIY-ing lah SANGAT kain ombre tu lepas baca entry DIY : Ombre Fabric Backdrop. *sila kelik link yang ini pulak*

Dengan tak ada masa, busy memanjang dengan kerja office balik lambat selalu, buat preparation kahwin sorang-sorang, dengan bulan puasa lagi *alasan malas buat preparation sebab bulan puasa bulan ibadah*, dengan masa tu Joni the Hedgehog I sakit teruk yang perlukan perhatian sentiasa *rest in peace Joni*, harapan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hakuuu nak DIY bagai! Tapi masa tu dating ada masa la pulak kan? Eh?

Dah dah. Sudah la Huda dengan membebel awak tu. Baik hang tunjuk sekarang ape mende la Ombre tu yang hang suka sangat. *tampar diri sendiri* Nah la tengok la gambar dekat bawah ni. Kalau jatuh cinta, jangan salahkan I. I tanak bertanggungjawab kalau korang merengek mintak dekat futurehubby ke hubby ke nak buat benda alah ni masa event korang. Haha.


*jatuh cinta guling guling tengok yang ini terus tekad nak buat jugak*

*boleh buat centerpiece jugak*

*centerpiece lagi*

*home decoration tak pun guestbook table props pun boleyyy*

*kek pun boleh buat ombre*

*terliur tengok*

*kelopak bunga. buat baju ombre pun boleh cuma I tak berkenan*

Ok dah cuci mata? My ombre style yang dasar busy tak ada masa malas DIY ni, I pergi beli riben kaler kaler dekat "Sayang You" dekat Semua House level U5 secara borong dengan banyak. Lepas tu tempat gantung baju/towel I buat sebagai bingkai untuk gantung/ikat riben tu. 

Dan finally, harus ada belon ombre jugak sejak terberkenan masa tengok Irine Nadia Marcello update entry Ballons Props yang I ada bebel dekat entry yang ini. *kelik perkataan ini tu untuk baca entry zaman tahun lepas* Belon pulak, I beli dekat "Balloon Buzz Party Center dekat Jalan Telawi, Bangsar.

Maka, ini lah hasilnya. Hasil tangan bridesmaid I yang gigih ikat satu persatu riben tu. Terima kasih banyak banyak banyak banyak dekat korang. *terharu* 


*tengok la tempat sangkut baju/towel ni. dah la tak ber-screw. cantum gitu aje*
*gambar pun rembat dari FB Eyra. Terima kasih sayangku. Kalau rajin nak membaca lagi, 
kelik entry entry tu. Sobs Sobs*


Okbai. Assalamualaikum. 
Kalau rajin esok update lagi. 

XOXO, H. Publish! *istanbul aku datang*




Pending Wedding Check List Part B (Vendor & Others)





MoshiMoshi!

Assalamualaikum.

See dah kata. Mesti janji nak update ke laut jugakkk. So sebab entry ni dah peram agak dekat nak setahun jugak, I publish yang ni dulu dan akan update review mana yang sempat dan rajin. Dah kata manusia busy. *nangis bawah shower* Sumpah kadang tu rasa nak berhenti kerja and jadi suri rumah sepenuh masa. Untung-untung boleh deco rumah cecantik. Sekarang ni nak jemput orang datang rumah pun malu. *sorok bawah sofa*

So tengok la list vendor I yang I list kat sini. Yang ade strike strike tu ade bad review. Tunggu I story. Sampai mati tak kan maafkan diorang! Belah bertandang tak banyak yang I handle sebab mostly FIL and MIL yang handle part belah bertandang.

Then yang mana I letak DIY, I try review sesatu termasuk semua vendor dan perkara-perkara yang I think I akan review.

Anything kalau nak tanya, FB or Tweet. Kalau nak contact via email rosebudlynx88[at]gmail[dot]com hanya untuk sewa baju Nikah/Resepsi or baju Tandang. Tak pun nak sewa apa apa barang or tempah hantaran.


* * * * * * * * * *

First update on : 08/05/12

Last update on : 27/11/12



1. Date & Time

Nikah : 08 September 2012 (Sabtu)
Resepsi : 08 September 2012 (Sabtu)
Bertandang : 30 September 2012 (Ahad)



2. Venue

Nikah : Dewan Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Bangsar
Resepsi : Dewan Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Bangsar
Bertandang : Sungai Buloh Country Resort (Rumah)



3. Theme & Concept

Nikah : CONFIRMED
Resepsi : CONFIRMED
Bertandang :  CONFIRMED



4. Important Task

Duit hantaran : CONFIRMED
Mas kahwin : CONFIRMED
Tok kadi : Ustaz Zaki (Taman Tun Dr. Ismail)
Hantaran (untuk perempuan) : 7 DULANG
Hantaran (untuk lelaki) : 9 DULANG



5. Legal Documents

Kursus kahwin (P) : Masjid At-Taqwa TTDI (7 - 8 July 2012)
Kursus kahwin (L) : Masjid At-Taqwa TTDI (7 - 8 July 2012)
HIV Test : Pusat Kesihatan Pantai, Bangsar
Borang Nikah (P) : JAWI

Borang Nikah (L) : JAIS
Borang Tok Kadi : Ustaz Zaki
Borang lain-lain : Masjid At-Taqwa


6. Cincin Kahwin

For Her : Poh Kong
For Him : Bausch K



7. Catering/Canopy

Nikah : Nurul Izzah Catering
Resepsi : Nurul Izzah Catering
Bertandang : Nurul Izzah Catering



8. Invitation Card
Vendor : My One Card Marketing
Jumlah kad : 1250 Card



9. Guest List

Nikah : DONE
Resepsi : DONE
Bertandang : DONE



10. Make Up Artist (MUA)

Nikah : MaswiraFarish House (MF House) tukar Icey Juliet by I-Kahwin (Ice Mianiera Makeup Artist)
Resepsi : MaswiraFarish House (MF House) tukar Icey Juliet by I-Kahwin (Ice Mianiera Makeup Artist)
Bertandang : MaswiraFarish House (MF House) tukar Ayunar Bridal by Ayunar


11. Pembaca Doa

Nikah & Resepsi : DONE
Bertandang : DONE



12. Pelamin
Nikah : Kita Ke Situ (Bantal Nikah Ottoman)
Resepsi : MaswiraFarish House (MF House) tukar I-Kahwin
Bertandang : Orchid's Creation and Events (link ni entry pelamin kitorang)



13. Wedding Outfits


a) Kain dan bahan
Nikah L & P : Button My Buttons by Shahida Shariff
Resepsi L & P : Button My Buttons by Shahida Shariff
Bertandang : MaswiraFarish House (MF House) retouch up by Button My Buttons by Shahida Shariff

b) Tailor
Nikah : Button My Buttons by Shahida Shariff
Resepsi : Button My Buttons by Shahida Shariff


c) Accessories
Nikah : DONE
 Resepsi : DONE
Bertandang : DONE

d) Kasut
Nikah L & P : DONE
Resepsi L & P : DONE
Bertandang L & P : DONE


e) Veil & Songkok/Tanjak
Nikah : DONE (Veil by Button My Buttons by Shahida Shariff)
Resepsi : DONE (Veil by Button My Buttons by Shahida Shariff)
Bertandang : DONE (Veil - recycle DIY Veil Tunang)



14. Bridesmaid Attire
Nikah : CONFIRMED
Resepsi : CONFIRMED
Bertandang : DONE (Cousin's closet)



15. Family attire
Nikah : CONSIDER DONE
Resepsi : CONSIDER DONE
Bertandang : CONSIDER DONE

16. Bestman Attire

Nikah : DONE
Resepsi : DONE
Bertandang : DONE

17. Hantaran

Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For Huda Luna : DONE
  1. Cincin & Mas Kahwin + Jam Tangan
  2. Kasut + Beg
  3. Al-Quran
  4. Iphone 
  5. Bodyshop Tea Tree Oil set
  6. Biskut
  7. Sireh Junjung

Untuk Ipin Sepet: DONE
  1. Cincin
  2. Belt + Wallet
  3. Kasut
  4. Iphone 
  5. Perfume + Mandian
  6. Al-Quran
  7. T-Shirt + Jeans
  8. Fererro Rocher
  9. Sireh Junjung


18. Official photographer (OP)
Nikah + Resepsi : Jabbe Production
Bertandang : Outdoor Jabbe Production


19. Official Videographer (OV)

Nikah + Resepsi : Jabbe Production
Bertandang : N/A

20. Doorgift

VIP : CONFIRMED
Adult : CONFIRMED
Children : CONFIRMED



21. Hand Bouquet
Nikah : Menang GiveAway by Azmah Ahmad Wedding Deco & Events
Resepsi : I-Kahwin
Bertandang : Renee Meow



22. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece/Payung

Resepsi : DIY (Bunga Manggar) 
Bertandang : DIY (Bunga Pahar)
* Payung selamat dedua side tak terguna terlupa. Centerpiece tak sempat siap. Barang dah beli. T_T
23. Entertainment/Emcee/Kompang

PA system (Nikah & Resepsi) : Nurul Izzah Catering
Kompang : Nurul Izzah Catering
Emcee : Housemate (Yaya & Tiqah ) + Adnan
Senarai Lagu : DONE



24. Others
Penunjuk arah : DIY
Wooden Signage : DIY
Centerpiece : tak sempat siap
Corsage : tak sempat siap
Henna : (Resepsi - DIY & Bertandang - Awnis Seri Henna *Ella Ratu Rock ambil yang ini*)



25. Extra

Kos pengangkutan : CONSIDER DONE
Homestay : Masjid Al-Ghufran (sangat OK)
Spa : tak sempat pergi
Dental : tak sempat pergi





Review DIY Project #2 : Engagement Dais Ideas




MoshiMoshi!

Hai semorang. Dah nak dekat dua bulan tunang baru reti nak update second review kan. Ok kali ni pasal engagement dais yang di DIY-ing oleh I lepas jenuh brainstorming nak design kekunun ala ala photobooth.

Pelamin tunang I ni cost tak tak sampai RM1000 pun dan I kira semua items ni sebagai asset yang boleh I guna balik masa lepas kahwin nanti. Makna kata, I tak rugi sesen pun sebenarnya. Pelamin tunang yang simple, murah dan senang nak deco. Hee.

So, nahhh. Ni lah pelamin tunang I yang simple buat I rasa paling cute. Cewah. Perasan sendiri.


Meh nak story kos pelamin tunang I ni.

1. Love Chair yang putih tu - RM129
2. Lantern - RM96
3. Bantal 8 biji - RM90
4. Karpet Putih bulu-bulu - RM450
5. Langsir - pinjam aunty.

So total cost engagement dais ni baru dalam RM800++ macam tu. Tapi semua tu jadi hak milik kita dan boleh guna untuk rumah baru nanti lepas kahwin. Hehe. Amecam?

Yang ni tak bercadang nak sewakan. Tetambah karpet bulu bulu tu. Cantik sangat kot!




Review DIY Project #1 : Veil Tunang / Nikah




MoshiMoshi!

Masa tunang hari tu, I decide nak DIY je veil ni. Masa yang ada masa tu less than one week. Barang-barang yang I nak DIY dah beli dah, tapi masa tak ada sangat nak DIY. So kat sini kekununnya nak tunjuk tutorial DIY veil untuk tunang tak pun nikah.

Item yang perlu ada untuk DIY :
1. 1 meter kain net (RM6.00)
2. 3 meter kain lace berborder dua side atas dan bawah (RM90.00)
3. highlight yang boleh padam
4. gunting
5. jarum peniti yang ada manik tu.
6. kemahiran maths. haha.
7. ketekunan menjahit.
8. benang dan jarum.

So total untuk DIY-ing veil ni hanya below RM100 je without manik manik.

Firstly, kena pandai adjust nak buat bentuk half circle/hemisfera. Mintak tolong housemate untuk lukis sama masa ni. Kitorang guna highlight yang ada pemadam yang boleh padam kesan lukisan lepas tu. highlight murah murah je ada macam ni. Lepas tu gunting. Hasil lepas gunting terlupa lak nak snap.


Sekarang, gunting border dekat kain lace 3 meter yang I beli tu. I potong ikot shape then panjang-panjang. Tak putuskan border tu. Pun lupa nak amik gambar lepas siap potong border lace ni.


Bila dah siap potong border lace dan net tu, mulakan aktiviti menjahit dengan gigih dan tekun. Masa jahit pun tak amik gambar. huahua. So, I tunjuk je la hasil DIY-ing Veil tunang I ni je la eh. Huhu veil ni I jahit tak sampai separuh jalan. Lepas tu buli adik I mintak dia jahit bagi habis. Nasib baik dia nak tolong. Tapi ada exchange la. I pulak kena tolong dia lepas tu.



Veil ni siap malam before tunang. Sebab tu I tak sempat jahit sendiri bagi habis sebab banyak lagi kerja lain nak kena buat. Masa tu dah pasrah kalau tak ada veil.


Veil ni labuh dan sangat nice bila dah dipakai. Kalau ada sesiapa nak sewa boleh la sewa dekat I dengan harga RM60. Dan deposit keselamatan RM 50. Deposit akan dipulangkan. Anyone berminat?





 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.