Undangan Walimatul Urus




MoshiMoshi!

Korang mesti pening nak fikir cara nak kumpul alamat tetamu untuk menjemput diorang ke majlis kahwin kita kan? Habis habis pun kita akan terjah satu satu satu satu satu friendlist dalam facebook untuk menjemput betul tak? Kita akan inbox diorang dan minta alamat. Tapi sampai berapa banyak je orang yang kita rajin nak minta? Kita pun ada banyak kerja lain betul tak?

Deswai la I terfikir cara ni. *idea dapat sebab masa dekat universiti pernah guna method ni untuk buat questionnaire. genius tak?* Kita guna google docs by google. Create form dan isi borang tu dengan info yang berkaitan dan publish. Copy link dan paste ke Facebook ke Twitter ke Blog ke. Setel. Tak payah lagi susah payah terjah inbox kawan kawan kita untuk minta alamat.

Borang Alamat Tetamu Undangan Walimatul Urus Huda & Ipin
*kalau nak kad isi tau borang ni


Ini google docs I. Untuk memudahkan I collect semua alamat orang. Senang sikit proses. Print dan tampal dekat sampul surat alamat yang diorang isi tu. Cepat dan menjimatkan masa. Saat saat genting macam ni, tiap saat tu sangat berharga tau. *52 days to go*

*I akan buat tutorial cara create Form dekat google docs kejap lagi.


Kursus Kahwin di Masjid At-Taqwa TTDI




MoshiMoshi!

Sabtu Ahad lepas. I baru la terhegeh hegeh pergi kursus kahwin dekat Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail. Asalnya patut dua minggu lepas dah pergi under JAIS yang depan Masjid Shah Alam tu, tapi disebabkan demam dan bangun lambat dah tak sempat nak pergi. Daftar 730pagi. Memang harapan la nak cepat siap. Sekali bersiap pun sejam. *lagi pun orang JAIS tak friendly pun. masa Faks borang pun macam nak marah marah*

Lepas dah "ponteng" pergi kursus kahwin JAIS yang KENA booking awal (dekat sebulan sebelum jugak la booking nak kursus kahwin dekat situ), mula la gelabah cari tempat lain untuk buat kursus kahwin. Ye lahh. Nak kahwin kan kena la ada Sijil Kursus Kahwin. Kalau tak macam mana nak kahwin!

Dah lepas gelabah dua tiga minit. Tunang tanya abang dia dulu buat kursus kahwin dekat mana. Abang dia cakap dekat TTDI dan sangat best. Tak mengantuk. Tapi sebab tunang I tu sangat la lambat response whatsapp, I pun terus google dengan keyword "Kursus Kahwin TTDI" dan "Kursus Kahwin Taman Tun".

Nahhh. Banyak yang keluar dekat search tu dengan segala entry feedback (Macam I tengah buat sekarang ni la. Tengah bagi feedback) b2b / ex b2b yang pernah pergi kursus kahwin dekat sana. Menarik. Macam macam komen yang I baca dan semuanya positif positif! Yay! Ini sangat menarik!

* baca feedback kursus kahwin TTDI ni dekat sini :

Kebanyakkannya b2b / ex b2b komen yang ceramah diorang ni best. Tak mengantuk. Ustaz dan ustazah kelakar. Cara penyampaian best dan info banyak yang dapat. Makan sedap. Time flexible. Ruang kuliah besar. Aircond sejuk. Nak solat senang. Parking pun senang sebab dalam ruang masjid. Penganjur peramah, friendly dan sangat membantu.

Tanya saja lah apa pun yang kita tak paham dekat Kak Ana (penganjur) , InsyaAllah dia jawab soalan soalan kita tu. Contoh hari tu I tanya pasal borang Nikah macam mana nak buat. Sebabnya I ni bukan orang KL tapi Nikah di KL dengan IC beralamat di Ipoh dan parents di Kedah. Haa. Pening bukan?

Ok sambung cerita. Lepas I rasa tempat ni menarik dan I tak kan bosan, Terus I call Kak Ana cakap nak booking untuk next week tu (7 July 2012 & 8 July 2012). Dan Alhamdulillah Kak Ana hantar SMS pengesahan yang kitorang di terima untuk berkursus di sana. Yay!

Fees :
RM80

Foods :
minum petang (Sabtu), makan pagi (Ahad) dan makan tengah hari (Ahad)

Time :
Sabtu (2pm-7pm) dan Ahad (830am-430pm)

Registration Time :
Sabtu 1pm

Venue :
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail

Modul :
Prosedur Perkahwinan & Pembubaran,
Komunikasi Suami Isteri & Akhlak,
Kesihatan,
Ibadah & Akidah,
Pengurusan Stress & Konflik & Rundingcara Keluarga dan
Hubungan Keluarga & Pengurusan Sumber.

Penceramah :
Dari JAKIM, Astro Oasis, LPPKN, Kementerian

Website :

Penganjur :
Fauzi / Kak Ana ( 012 603 2257 / 012 978 3149 )

Cara Daftar :
via SMS (SMS/Call Kak Ana dan akan dapat SMS pengesahan) or via website.

I malas nak nak cerita hal hal lain. Sebab semua nya komen sama jugak dengan b2b / ex b2b. Tempat ni best dan sangat recommended! Siap 4 jam sebelum berkursus Kak Ana SMS bagitau jangan lupa hari tu kita ada kursus kahwin. Dan kalau terlambat 5-10 minit pun masih dibenarkan masuk. Tapi jangan la pulak lambat sejam. Tu nanti kena repeat modul tu minggu yang akan datang. Tak ke rugi tu. Then sijil siap hari Rabu minggu seterusnya. Sijil dari JAKIM.


Haha. Ni je satu satu nya gambar dalam kuliah yang I ambik. Terlalu fokus dekat ceramah sampai tak ada masa nak ambik gambar. So kepada bakal bride to be yang sedang mencari tempat untuk berkursus kahwin, adalah sangat recommended untuk berkursus dekat sini! Rating I kasi 4 out of 5.

Haaa sebelum I lupa. Baik I tulis sekarang. Better pergi kursus kahwin 3 4 bulan sebelum majlis. Banyak info yang dapat dan tips tips untuk keluarga. Dan eloknya pergi dengan pasangan. Baru dapat feeling dan masing masing akan takut untuk lafazkan cerai dan akan usaha menjaga rumahtangga yang akan dibina. Semoga perkahwinan kita kekal sampai Jannah Allah.




Payment Checklist dan Money Flow Management.




MoshiMoshi.

Hai semorang. I tengah demam ni actually. Semuanya gara gara fikir budget kahwin. Money flow macam air dan takut overspending. Risau. Haihh.

Disebabkan kerisauan yang melanda. I pun buat Payment Checklist. Dulu dah ada budget checklist. Budget tu kita tak nampak duit yang kita dah bayar kat vendor sebab kita baru budget.

Ni lah Payment details I untuk senang tracking dah bayar ke belum.
I tak masukkan bila dah bayar dan account number
dalam list ni sebab nak letak dalam blog kan.


So kat sini I buat Payment checklist so that I leh nampak money flow I dan how I want to manage it.

Dalam Checklist I tu, I dah rugi RM100 sebab BURN kan depo dekat Kad Kahwin Mu yang superduperMAHAL tu. Tak ape lah BURN RM100 dari habis RM1800 yang kunun banyak free gift. tsk. Kad dia pun tak secantik macam tempat kad kahwin yang I buat sekarang.

See. Betapa pentingnya benda benda macam ni. Kalau tak merana la jawabnya fikir duit mengalir macam air. Busy nak kawen berbulan bulan. Pening pasal duit berbulan bulan. Nak kawen nye sehari je majlis nye.

Update!




HIV Test dan 88 hari lagi




MoshiMoshi.

Memula kemain cuak nak buat HIV Test ni. Sebab takot kot kot la ade HIV. tsk. Kemain la ketaq lutut I dua tiga minggu sebelum HIV Test ritu sampai laaaaaaaaaa 4 June lepas.

Masa isi borang lepas tu kena baca pamplet pasal HIV pun duk risau. Ye ah mana tau kita tercucuk benda tajam ke ape ke yang terdedah dengan virus tu. Bahaha. Drama Queen.

Last last setel pun HIV Test ni. Hee alhamdulillah Done satu kerja. Pergi dengan #DearFutureHusband pastu memasing pedih hujung jari kena ketip untuk amik darah.

Ok firstly nak bagi tips pasal HIV Test ni. HIV Test diorang buat pukul 2 petang sampai 4 petang je.

0. Buat appointment sekurang kurangnya 3 minggu lebih awal.

1. Sediakan RM1 untuk setiap sorang. Kalau pergi berdua dengan pasangan bawak la RM2.

2. Lepas tu jangan lupa bawak borang HIV Test dari pejabat Agama memasing. Kalau tak bawak still dekat Klinik Kesihatan Kerajaan tu sediakan.

3. Jangan lupa bawak pen ye. Sebab nak isi borang. Perempuan pulak akan dapat borang extra. Borang Thalassemia dengan borang Pre Pregnancy. Dia akan tanya soalan sikit. Tapi tempat yang I buat HIV Test ni (Klinik Kesihatan Plaza Pantai, Bangsar) tak tanya apa sangat pun.

4. Masuk masuk Klinik Kesihatan tu, jangan terus tekan nombor giliran. Pegi kaunter dulu cakap ada buat appointment atas nama sendiri dan bagi no IC.


Hehe gambate untuk future bride to be yang lain. Rasa lega sikit bila satu step dah Done. Lepas ni nak setel borang nikah dan kursus kahwin. Oh ya. HIV Test leh je buat walaupun belum kursus kahwin. Dan HIV Test ni valid untuk 6 BULAN sahaja tau!

Dan hari ni, lagi 88 hari lagi before wedding kitorang. Mesti la update 88 hari kan. Dah kata lahir tahun 88 dedua. =P






 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.