Aku ada misi




Tanggal 11 february 2011 adalah tarikh dimana aku melamar #dearfuturewife aku menjadi teman wanita aku.

Teman wanita disini bukanlah bermaksud hanya teman, yang dimaksudkan adalah teman hidup didunia dan akhirat. Lagi 2 hari genap aku dan dia sebagai kekasih selama 8 bulan dan aku ada misi.

Misi yang boleh mengubah hidup aku dan dia, ada orang kata kat dunia ni ada 3 perkara yang kita akan lalui.

Permulaan - Dimana kita dilahirkan didunia ini, air mata ibu bapa gembira menyambut.
Perkahwinan - Ia juga seperti waktu kemuncak bagi kita, setelah menemui teman hidup kita dunia akhirat.
Kematian - Adalah waktu kita ditanam, meninggalkan dunia sementara dan ke akhirat kelak.

Insyaallah awal tahun depan kami akan bertunang, ini perancangan kami. Dengan izin Allah SWT akhir tahun depan pula nikah.

Setiap orang perlu ada misi kerana misi ini la yang membawa kita ke mana kita mahu pergi.

Wassalam..

Post via - Blogger for iPhone

0 comments:

 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.