Kursus Kahwin di Masjid At-Taqwa TTDI




MoshiMoshi!

Sabtu Ahad lepas. I baru la terhegeh hegeh pergi kursus kahwin dekat Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail. Asalnya patut dua minggu lepas dah pergi under JAIS yang depan Masjid Shah Alam tu, tapi disebabkan demam dan bangun lambat dah tak sempat nak pergi. Daftar 730pagi. Memang harapan la nak cepat siap. Sekali bersiap pun sejam. *lagi pun orang JAIS tak friendly pun. masa Faks borang pun macam nak marah marah*

Lepas dah "ponteng" pergi kursus kahwin JAIS yang KENA booking awal (dekat sebulan sebelum jugak la booking nak kursus kahwin dekat situ), mula la gelabah cari tempat lain untuk buat kursus kahwin. Ye lahh. Nak kahwin kan kena la ada Sijil Kursus Kahwin. Kalau tak macam mana nak kahwin!

Dah lepas gelabah dua tiga minit. Tunang tanya abang dia dulu buat kursus kahwin dekat mana. Abang dia cakap dekat TTDI dan sangat best. Tak mengantuk. Tapi sebab tunang I tu sangat la lambat response whatsapp, I pun terus google dengan keyword "Kursus Kahwin TTDI" dan "Kursus Kahwin Taman Tun".

Nahhh. Banyak yang keluar dekat search tu dengan segala entry feedback (Macam I tengah buat sekarang ni la. Tengah bagi feedback) b2b / ex b2b yang pernah pergi kursus kahwin dekat sana. Menarik. Macam macam komen yang I baca dan semuanya positif positif! Yay! Ini sangat menarik!

* baca feedback kursus kahwin TTDI ni dekat sini :

Kebanyakkannya b2b / ex b2b komen yang ceramah diorang ni best. Tak mengantuk. Ustaz dan ustazah kelakar. Cara penyampaian best dan info banyak yang dapat. Makan sedap. Time flexible. Ruang kuliah besar. Aircond sejuk. Nak solat senang. Parking pun senang sebab dalam ruang masjid. Penganjur peramah, friendly dan sangat membantu.

Tanya saja lah apa pun yang kita tak paham dekat Kak Ana (penganjur) , InsyaAllah dia jawab soalan soalan kita tu. Contoh hari tu I tanya pasal borang Nikah macam mana nak buat. Sebabnya I ni bukan orang KL tapi Nikah di KL dengan IC beralamat di Ipoh dan parents di Kedah. Haa. Pening bukan?

Ok sambung cerita. Lepas I rasa tempat ni menarik dan I tak kan bosan, Terus I call Kak Ana cakap nak booking untuk next week tu (7 July 2012 & 8 July 2012). Dan Alhamdulillah Kak Ana hantar SMS pengesahan yang kitorang di terima untuk berkursus di sana. Yay!

Fees :
RM80

Foods :
minum petang (Sabtu), makan pagi (Ahad) dan makan tengah hari (Ahad)

Time :
Sabtu (2pm-7pm) dan Ahad (830am-430pm)

Registration Time :
Sabtu 1pm

Venue :
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail

Modul :
Prosedur Perkahwinan & Pembubaran,
Komunikasi Suami Isteri & Akhlak,
Kesihatan,
Ibadah & Akidah,
Pengurusan Stress & Konflik & Rundingcara Keluarga dan
Hubungan Keluarga & Pengurusan Sumber.

Penceramah :
Dari JAKIM, Astro Oasis, LPPKN, Kementerian

Website :

Penganjur :
Fauzi / Kak Ana ( 012 603 2257 / 012 978 3149 )

Cara Daftar :
via SMS (SMS/Call Kak Ana dan akan dapat SMS pengesahan) or via website.

I malas nak nak cerita hal hal lain. Sebab semua nya komen sama jugak dengan b2b / ex b2b. Tempat ni best dan sangat recommended! Siap 4 jam sebelum berkursus Kak Ana SMS bagitau jangan lupa hari tu kita ada kursus kahwin. Dan kalau terlambat 5-10 minit pun masih dibenarkan masuk. Tapi jangan la pulak lambat sejam. Tu nanti kena repeat modul tu minggu yang akan datang. Tak ke rugi tu. Then sijil siap hari Rabu minggu seterusnya. Sijil dari JAKIM.


Haha. Ni je satu satu nya gambar dalam kuliah yang I ambik. Terlalu fokus dekat ceramah sampai tak ada masa nak ambik gambar. So kepada bakal bride to be yang sedang mencari tempat untuk berkursus kahwin, adalah sangat recommended untuk berkursus dekat sini! Rating I kasi 4 out of 5.

Haaa sebelum I lupa. Baik I tulis sekarang. Better pergi kursus kahwin 3 4 bulan sebelum majlis. Banyak info yang dapat dan tips tips untuk keluarga. Dan eloknya pergi dengan pasangan. Baru dapat feeling dan masing masing akan takut untuk lafazkan cerai dan akan usaha menjaga rumahtangga yang akan dibina. Semoga perkahwinan kita kekal sampai Jannah Allah.


5 comments:

Zila Zainal on Friday, July 13, 2012 11:51:00 AM said...

yeay dah pegi kursus kawen, bule cros lagi satu menda dlama list :)

04MAC on Friday, July 13, 2012 3:43:00 PM said...

kursus kahwen memang best kan?
lisa rase macam nak repeat balik jer! hehehe

please follow :-
http://karutmarutsaya.blogspot.com
http://jetlisaforever.blogspot.com

aslina majid on Wednesday, July 18, 2012 3:35:00 PM said...

lambat lagi nak kawen... hahahahh...

kene suruh orang tu balik malaysia amek cuti lama2 sikit semata2 untuk setel hal ni...

sape suruh gigih nak sambung kerja kat obersi sana, btol tak??

hahah...

Hayati Malek on Wednesday, February 13, 2013 1:14:00 PM said...

Huhuu....i da register for next month..heee

daznyte on Thursday, March 13, 2014 7:58:00 PM said...

Mekasih hudaaaaa...

 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.