Engagement Make Up Inspirations




MoshiMoshi!

I ni bukan lah manusia yang gheti mekap mekap ni. Tangan kayu. Seni pun tarak ada punya. Tapi pelan pelan I study dekat blog Fyna Here cara nak mekap mekap ni. Suka cara dia mekap. Natural, simple dan nice. Dulu dia ada dalam facebook I tapi tak tau pasaipa kena remove dengan dia wuuu sedih. Sakit hati sikit tu ade la. Tapi still suka jenguk blog dia tengok dia update. Tamo komen dah sebab merajuk kena remove. Haha.

Antara semua mekap dia ni, I paling terberkenan tang mekap yang ni. Fyna bagi nama Grecian Goddess Makeup. Memang sangat nice!


Ok dah. Sekarang semua yang nak belajar mekap pergi la serbu blog fyna tang label Makeup tutorial ni.

Hari tu masa tunang kunun la nak ikot style make up yang ni. Make up sendiri la katakan. Hampess. Tak berjaya. Tangan kayu nak buat aktiviti seni. Harapan je laaaaa~

Oh ya nanti pelan pelan I update pasal engagement dan siapkan tempahan header dan blog. Sekarang baru lega sikit dari busy yang melampau.



My Engagement Checklist and Budget




MoshiMoshi!


ENTRY NI STICKY POST
NEW ENTRY DEKAT BAWAH


Date : 14 April 2012 (Muktamad)
Time : 11.30 am
Venue : Ipoh Jaya
Theme : Color Block (Peacock Theme)

Range Colors :
1. (Purple Family - Lavender/Plum) +
2. (Pink Family - Dusty Rose/Coral) +
3. White +
4. (Green Family - Green/Lime Green/Emerald Green) +
5. (Yellow Family - Light Orange/Antique Gold) +
6. (Blue Family - Turquoise/Baby Blue)


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


Dua Warna skip dan ganti dengan Turquoise.
Warna yang skip Green Family dengan Pink Family.
Tapi mungkin akan guna jugak Pink dan Green untuk hand bouquet.


Photobucket Photobucket


Meh nak kasi cuci mata sikit bila warna-warna ni combine.

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Boleh bayang tak bila semua color ni combine? Purple, Yellow, Turquoise wedding theme? Atau lebih glamer orang cakap Peacock Wedding Theme. Cuba tengok Bunga orkid dekat bawah ni.

Photobucket



The Ring (RM 1310)
For Him : #DearFutureHusband cakap tak payah
For Her : Wah Chan (Risik) & Poh Kong (Tunang)


Attire
For Her (RM 190)
1. Baju : Kain Pasang - RM 56
2. Tudung : Syria Chiffon - RM 35
3. Kasut : Sendiri
4. Accessories : Kerongsang - RM10
5. Hand Bouquet : Bunga Putih DIY - RM 24
6. Make up : Sendiri
7. Henna : Sendiri
8. Tempah Baju : Kurung Moden - RM65

For Him (RM 156)
1. Kemeja : Putih - RM156
2. Jeans : Sendiri
3. Kasut : Sendiri


Hantaran Decorations
For Her (RM 500)
1. Deco Items (tempah sebab tak sempat DIY tapi touch up sikit sendiri)
2. Trays : 9

For Him (RM 500)
1. Deco Items : (tempah sebab tak sempat DIY tapi touch up sikit sendiri)
2. Trays : 7

Hantaran Items
For Him (RM ____)
Theme Color : Purple
1. Bunga Rampai : minyak rose, daun pandan, bunga ros &bunga kekwa - RM25
2. Buah-buahan : Epal merah, Anggur & Strawberry- RM25
3. Coklat : Ferrero Rocher - RM35
4. Kek Fondant : Chocolate Moist - RM100
5. Cookies : Tart Nenas Strawberry Coklat - RM25
6. Kuih : Bahulu Ikan Beranak - RM35
7. Chocolate : Famous Amos Rocky Chocolate, Toblerone & Kiss - RM55
8. Gift : Sejadah - RM40
9. Manisan : Halwa Mangga - RM15

For Her (RM ____)
Theme Color : Yellow
1. Kek Fondant
2. Famous Amos Cookies & Toblerone
3. Sejadah
4. Cincin Tunang & Risik
5. Buah-buahan
6. Telekung
7. Tepak Sireh


Capturing the Moments (RM ____)
1. Photographer : Book tapi belum confirm (lari budget, so family je la amik)
2. Videographer :


Pelamin Decorations - DIY (RM 722)
1. Langsir : Yellow (pinjam Aunty Piah)
2. Love Chair : RM129
3. Carpet Bulu (White) : RM450
4. Small Pillow : 8 bantal RM108 (4 Mystical Purple, 2 Gold/Yellow, 2 Aqua)
5. Lampu : chandelier yang ada dalam rumah tu
6. Paper Lantern: RM35


Food and Favours (RM 850)
1. Catering : RM500
2. Canopy : RM350 (termasuk scallops)


Invitation
1. Guest : Family and Close Friends



Update 1 :
Biarpun lambat lagi sebab kitorang still dalam planning (tapi dah ada tarikh yang dah decide), tetap kena ada checklist. Baru la akan tau sejauh mana kitorang kena buat. Huhu. Parents pun tak tau lagi ni. Ada duit cukup, planning lengkap terus cakap nak tunang nak kawen. Tak ada la nyusahkan parents nak fikir itu ini. Kitorang fikirkan sesiap untuk diorang. Setel!

Hari tu cakap dekat abah nak kawen pun abah cakap kumpul duit dulu. huhu. Sekarang ni i akan buat plan budget dan TAK AKAN lebih dari budget. Promise dengan diri sendiri.


Update 2 :
Dedua family dah tahu. Sekarang tengah sebok buat preparation (5 March 2012). Gila banyak tak setel tak siap lagi kot ni


Update 3 :
Dah ada tarikh baru. Harap menjadi. (21 March 2012) jangan lerr postpone. Tapi sebenarnya berbaloi gak postpone ni


Update 4 :
Tarikh baru dah decide lepas jadi drama sikit dengan #DearFutureHusband. Tadi (25 Mac) pegi Jalan TAR dengan Semua House beli barang yang patut. Hantaran belah side i, aunty i suruh tempah. Demm! Tak dapat nak DIY sendiri. =(


Update 5 :
Semalam, (8 April 2012) pergi Jalan TAR lagi. Beli segala mak nenek semua benda. Lace, polisterin, net, bunga, riben, lantern sampai lenguh kaki. Dari Sogo ke Jalan TAR, Kedai Riben, Gulati's sampai la Sayang You dekat Semua House. Punya la payah nak cari Sayang You ni dekat tingkat 5. Malam pegi Carrefour Wangsa Maju kunun nak cari karpet bulu, tapi tak jadi sebab mahal sangat. Last-last beli Paper Lantern je dekat Sayang You Station dalam Carrefour tu. Malam ni sambil tengok ABPBH 2011 sambil DIY-ing dua bekas hantaran, hand bouquet dan bekas bunga rampai.


Engagement and 100 years Titanic




MoshiMoshi.


Alhamdulillah selamat sudah majlis hari ni. Nanti akan update details semua persiapan yang tak seberapa ni.


Yay! Now i dah jadi tunang kepada #DearFutureHusband i. And hari ni jugak genap 100 tahun titanic tenggelam.


Lagi empat hari





MoshiMoshi!


Ada empat hari lagi sebelum i bertunang. Hamagaddd! Veil tak siap lagi ni.




*pengsan*


Update :

Lagi tiga hari je tinggal until our engagement day dan dah 425 hari (11 April 2012) kitorang still counting . . . hee


DIY Project #3 : Hand Bouquet with Ribbon and Diamond




MoshiMoshi!

Semalam dah beli bunga bunga warna putih untuk buat hand bouquet. Memula nak la jugak buat fresh flower tapi malas nak rendam bagai semua and jaga bunga tu bebaik. Nak buat fabric flower dah tak sempat sebab duk sebok DIY-ing Veil lace ni haaaa. So, output hand bouquet i nanti ala-ala macam ni. Bunga putih, riben purple dan ada diamond. Hee. =D


Source Google




DIY Project #2 : Engagement Dais Ideas




MoshiMoshi!

Yeahhhh. Lagi sebelas hari lagi i akan jadi tunang orang. Tunang kepada #DearFutureHusband i. Progress so far ok la walaupun malas malas. Sebab macam tak percaya dah nak bertunang. Oh Emmm Geee! *tepuk tepuk pipi* Ok i dekat alam nyata.

Macam mak nenek ke hulu ke hilir cari barang. Angkut sana angkut sini. *sigh* Baju pulak tailor jahit macam belacan. Bayar mahal mahal tapi output dia buat rasa nak jadi singa.

Then memula nak buat dekat Simpang Pulai. Rumah aunty. Dekat situ tak payah nak pelamin bagai sebab rumah tu memang cantik dah luar dalam. Tau tau tukar plan buat dekat rumah dekat Ipoh Jaya. Demm!

Gelabah terus sekarang ni dari tak nak buat pelamin tapi terpaksa gak buat sebab rumah tu simple sangat dan i tak suka sarung cincin sampai menonggeng depan orang lain. Don't like. Don't like.

Dah tu terpaksa la fikir macam mana nak buat pelamin dengan budget nya. Pity you Huda. Semua akan kena buat sendiri. Mekap sendiri. Veil sendiri. *pengsan*

Dalam duk browse browse cari decoration pelamin yang berkenan dekat hati ni, terjatuh hati la pulak dekat pelamin dedua dekat bawah ni.


Pelamin yang ni (source by Tya).
Pelamin ni Tya DIY sendiri Paper Fan tu. (Tutorial)
Then segala yang lain papa Tya yang buat.
Hebat papa Tya ni!

Tak pun . . .


Pelamin Shaleen yang ni (source by Shahida)
Simple and nice.
Riben tu ikat ikat then gantung.

Pheww! Tak tau nak buat yang mana satu. Senang senang yang by Shahida tu laaa kot kan?




 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.