Showing posts with label Doorgift. Show all posts
Showing posts with label Doorgift. Show all posts

Kedai Jual Paper Bag murah di Chow Kit




MoshiMoshi!

Paperbag ni walaupun nampak macam tiada nilai kalau buat sebagai goodie bag tapi pandai deco paper bag ni, akan buat dia jadi cantik dan sangat unik. Tak percaya cuba tengok ni. Design dekat bawah ni antara beberapa yang I berkenan la jugak. Ada banyak lagi cara untuk design paperbag. Tak percaya korang boleh google paperbag idea, paperbag wedding tak pun paperbag deco idea. Macam macam duk ada tauuu.

Yang ni memang betul betul ikut theme color

Jangan la pulak tak deco apa apa. Itu yang buat selekeh je paperbag ni. Macam bagi goreng pisang orang kata. Ada la terdengar orang kata, bagi gift dalam paperbag ni macam cheapskate. Macam pengantin bajet sangat. Laa. Suka hati ye tak? Memasing punya taste and idea kan.

So, dekat mana I beli paperbag secara borang dengan murah? 100pcs Paperbag dengan harga RM 11 per pack. Then dekat situ jugak I beli 250pcs doily paper dengan harga RM 6 perpack. Sushi box pun ada jugak I beli. 100pcs RM 9. Berbaloi kan? Nahhh. I beli semua ni dekat Wakim Plastic Sdn Bhd dekat Chow Kit Road. Cik Nuta dalam group B2b pun ada kirim dekat I beli paperbag. Tapi dia beli warna putih. I beli brown. Paperbag yang kitorang beli ni dah ada base siap siap. Kira tak payah la nak lipat lipat lagi nak buat base.


Wakim Plastic Industry Sdn Bhd
Address: No. 55B-4, Lorong Raja Bot, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-26914297, 603-26921721
Fax: 603-26928221
Website : http://www.wakimplastic.com


Dekat bawah ni peta untuk ke Wakim. Jalan senang nak pergi dari Jalan Raja Alang dekat Kampung Baru tu. Dari arah UNIKL.







Nak tengok teaser hasil DIY-ing paperbag I tak? Part ni adik I, my mom and aunty yang siapkan. Kalau I buat sorang sorang, tak jalan kerja lain lain kang.

yang ni sushi box.

paperbag yang belum di deco

teaser paperbag


Selain Wakim ni, ada lagi satu tempat jual paperbag murah. Dekat Green Tree ni.


http://www.greentree.my/paper-items



Update : 13 June 2016
New Location WAKIM Plastic
SYARIKAT PERNIAGAAN WAKIM SDN.BHD (142610-M) 
NO. 148 , JALAN ABDUL RAHMAN IDRIS, 
KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2602 1174, 03-2692 1721, 03-2691 4297
FAX: 03-2692 8221
sales@plasticcontainer.com.my


 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.