Showing posts with label Attire and Dress. Show all posts
Showing posts with label Attire and Dress. Show all posts

Inspirasi : Baju Nikah/Resepsi




MoshiMoshi!

Kalau semalam I cakap I dah pergi fitting untuk baju Nikah/Resepsi I, hari ni I nak cerita design baju Nikah/Resepsi I ni. Next pulak baju Tandang. InsyaAllah.

I ni tersangat lah suka kalau design tu nampak cute dan kalau tengok baju tu buat rasa gerammmm yang amat. So, I sangat ADORE terlampau dengan seorang designer ni. Dari awal dia berkecimpung dalam dunia fashion ni sampai la nama dia dikenali sekarang. Then, I tanpa segan silu I terus email dia tanya quotation harga dan design (actually sebenarnya nak buat baju tunang dengan dia tapi cancel terus buat baju nikah).

Jadi nya setelah bincang dan bincang. Dan ke butik dia dua kali sampai sempat terjumpa Natasha Hudson okay masa tu dia nak fitting untuk baju kahwin dia. (alamak terbagi hint)


Warna




Sejak pertama kali tengok warna baju tunang Shera Aiyob ni, I terus terjatuh hati terjatuh cinta. Dusty Pink. Sangat sweet dan nampak lovely. Tambah pulak baju ni designer dia Hatta Dolmat. Bertambah-tambah la kemanisan kecantikan dress tunang Shera Aiyob dengan Zahiril Adzim ni. Nak nak pulak Shera ni kecik molek je orangnya. I iz zo jelly!


Design





I suka kan scallop, ribbon, pearl, 3d flower, lace dan kain flowy-flowy ni. I menggambarkan dekat designer I yang I nak baju Nikah/Resepsi I ni berwarna Dusty Pink sebagai lining untuk lace yang berscallop dekat hujung baju dengan hujung tangan dan ber-ribbon dan juga kain flowy-flowy tak meleret sangat. I love ribbon so much!

And I jugak suka buttons kalau ada dekat back and tangan. (hint lagi) Buat I feeling feeling macam sailormoon. Eh? Haha. Tengok gambar dekat atas. (hint lagi) So dalam kepala otak I ni terbayang macam baju dekat bawah ni tapi dengan cara version I. Hee. Tunggu masa majlis I nanti untuk tengok full baju sekali dengan veil dan tudung. (mood malas DIY veil. tak rajin)


Kita tengok nanti baju I ni akan menjadi apa masa majlis. I yakin designer I ni yang terbaik dan hebat. Dia memang pakar bab Buttons dan Ribbons. Siapa designer I? Dah bagi hint dengan gambar pun. :P



36 hari to go! fuhh~~


First Fitting Baju Nikah/Resepsi dan Tandang




MoshiMoshi!

Maaf tak sempat nak terbalas komen entry lepas. I iz zooo busy like a bee. 38 day to go dan banyak lagi tak siap. Dah la bila makin dekat ni I jadi blurrrr macam sotoongg.

Actually dah sebulan lebih I g fitting baju tapi tak sempat nak update. Kesian. I busy. Preparation kahwin dan jaga pet yang sakit teruk (lumpuh dan bergantung 100% perhatian untuk makan dan minum).

Yes sebab I busy ni la I dah rasa sangat bersalah. Bersalah dekat arwah kawan yang beriya nak jumpa tapi I bagi alasan I busy. Dan now, dia dah tak ada. Accident. Langgar trailer. Dah tak jauh dari rumah dia masa tu. Dalam 3km je lagi. :( Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Dia pergi pun Khamis malam Jumaat. Hari yang baik. Al-Fatihah.

I akan update kisah ni dekat blog personal nanti. Last dedication for Him. Dan beberapa hari lepas arwah pergi, Joni the Hedgehog (pets yang bela dah 4 tahun) pun dah tak ada lepas sakit selama 2 bulan.

Tak apa lah. Ada lah tu hikmah disebalik setiap kejadian yang I lalui ni. Kehilangan kawan baik. Kehilangan Joni.

Kemana mana I pergi Joni akan ikut.
Even nak pergi fitting ni pun. Masa ni sehat lagi.


Baju Nikah/Resepsi (Dusty Pink)


Baju Tandang (Turquoise Green)




Semoga tiap perkara yang berlaku, I akan nampak hikmahnya di masa akan datang.


Theme Color Nikah dan Resepsi




MoshiMoshi!

Susah jugak sebenarnya nak decide dan finalize theme color ni. Lepas fikir punya fikir. Susun warna color sebelah menyebelah. Tanya pendapat tunang dan aunty.
*padahal paksa dia suka jugak color tu muahahhaa* . Baru la color ni menjadi pilihan. Pheww~



Warna Tema Attire Family Perempuan

Dusty Blue Dusty Blue Dusty Blue


Warna Tema Attire Bridesmaid/Groomsman

Photobucket Brown


Warna Tema Attire Pengantin (Bride & Groom)

Dusty Pink White


Warna Tema Keseluruhan untuk Majlis Nikah & Resepsi

Photobucket Brown Dusty Pink Dusty Blue White



Dah. Setel. Ni la color theme I nanti. Actually banyak I dengar bunyi bunyian sumbang dari kengkawan/family yang tak berapa rapat. Diorang cakap . . .


"Amboi banyaknya color. Kenapa tak pilih je semua color. Baru MERIAH!"

"Orang guna dua warna je selalu nya, kau ni pakai sampai 7 8 warna."

"Eee. Tak serabut ke banyak warna?"

"Mana ada orang buat color banyak banyak ni Huda oi!"



Haihh perlii nampak. Kome tak tengok ke wedding mat saleh guna color combination untuk majlis diorang ke? Sangat OHSEM kot! Meh nak tunjuk website tu.

The Perfect Palette


Sekarang ni. Ni majlis I. Suka hati I la ye tak? I tak suka tipical color combination yang ada sekarang ni. I tak suka baju kebaya yang sarat manik sana sini dekat dada sampai nampak macam pakai bra dekat luar baju tu. I tak suka pakai tudung awning masa nikah or resepsi or tandang. Tiap orang lain cita rasa nya bukan?

Yeah! I iz BRIDEZILLA now. Kalau salah sikit, tahap nak marah tu Ya ampunnnn~


DIY Project #1 : Veil Tunang / Nikah




MoshiMoshi!

Minggu ni i balik Ipoh. Nak pergi beli barang-barang nak buat Veil. Tekad nak DIY lepas tanya b2b dalam group b2b 2012 dekat facebook. Memasing cakap sempat. So i akan bagi sempat untuk DIY Veil untuk tunang ni. Kalau boleh guna time nikah nanti pun okay jugak kan?



Lepas siap nanti, baru i akan fikir nak letak beads dengan pearl ke tak. Huhu Good Luck untuk diri sendiri! Hehe agak-agak nanti bila siap jadi tak macam veil nikah Lisa Surihani? Kita tungguuuu


Adore dress ni!




MoshiMoshi!

Fuuuuuuu! Tu je mampu cakap. Sebab sangat la suka wedding dress ni!

Barbie Wedding Dress


 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.