First Fitting Baju Nikah/Resepsi dan Tandang




MoshiMoshi!

Maaf tak sempat nak terbalas komen entry lepas. I iz zooo busy like a bee. 38 day to go dan banyak lagi tak siap. Dah la bila makin dekat ni I jadi blurrrr macam sotoongg.

Actually dah sebulan lebih I g fitting baju tapi tak sempat nak update. Kesian. I busy. Preparation kahwin dan jaga pet yang sakit teruk (lumpuh dan bergantung 100% perhatian untuk makan dan minum).

Yes sebab I busy ni la I dah rasa sangat bersalah. Bersalah dekat arwah kawan yang beriya nak jumpa tapi I bagi alasan I busy. Dan now, dia dah tak ada. Accident. Langgar trailer. Dah tak jauh dari rumah dia masa tu. Dalam 3km je lagi. :( Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Dia pergi pun Khamis malam Jumaat. Hari yang baik. Al-Fatihah.

I akan update kisah ni dekat blog personal nanti. Last dedication for Him. Dan beberapa hari lepas arwah pergi, Joni the Hedgehog (pets yang bela dah 4 tahun) pun dah tak ada lepas sakit selama 2 bulan.

Tak apa lah. Ada lah tu hikmah disebalik setiap kejadian yang I lalui ni. Kehilangan kawan baik. Kehilangan Joni.

Kemana mana I pergi Joni akan ikut.
Even nak pergi fitting ni pun. Masa ni sehat lagi.


Baju Nikah/Resepsi (Dusty Pink)


Baju Tandang (Turquoise Green)




Semoga tiap perkara yang berlaku, I akan nampak hikmahnya di masa akan datang.


Kedai Jual Paper Bag murah di Chow Kit




MoshiMoshi!

Paperbag ni walaupun nampak macam tiada nilai kalau buat sebagai goodie bag tapi pandai deco paper bag ni, akan buat dia jadi cantik dan sangat unik. Tak percaya cuba tengok ni. Design dekat bawah ni antara beberapa yang I berkenan la jugak. Ada banyak lagi cara untuk design paperbag. Tak percaya korang boleh google paperbag idea, paperbag wedding tak pun paperbag deco idea. Macam macam duk ada tauuu.

Yang ni memang betul betul ikut theme color

Jangan la pulak tak deco apa apa. Itu yang buat selekeh je paperbag ni. Macam bagi goreng pisang orang kata. Ada la terdengar orang kata, bagi gift dalam paperbag ni macam cheapskate. Macam pengantin bajet sangat. Laa. Suka hati ye tak? Memasing punya taste and idea kan.

So, dekat mana I beli paperbag secara borang dengan murah? 100pcs Paperbag dengan harga RM 11 per pack. Then dekat situ jugak I beli 250pcs doily paper dengan harga RM 6 perpack. Sushi box pun ada jugak I beli. 100pcs RM 9. Berbaloi kan? Nahhh. I beli semua ni dekat Wakim Plastic Sdn Bhd dekat Chow Kit Road. Cik Nuta dalam group B2b pun ada kirim dekat I beli paperbag. Tapi dia beli warna putih. I beli brown. Paperbag yang kitorang beli ni dah ada base siap siap. Kira tak payah la nak lipat lipat lagi nak buat base.


Wakim Plastic Industry Sdn Bhd
Address: No. 55B-4, Lorong Raja Bot, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-26914297, 603-26921721
Fax: 603-26928221
Website : http://www.wakimplastic.com


Dekat bawah ni peta untuk ke Wakim. Jalan senang nak pergi dari Jalan Raja Alang dekat Kampung Baru tu. Dari arah UNIKL.







Nak tengok teaser hasil DIY-ing paperbag I tak? Part ni adik I, my mom and aunty yang siapkan. Kalau I buat sorang sorang, tak jalan kerja lain lain kang.

yang ni sushi box.

paperbag yang belum di deco

teaser paperbag


Selain Wakim ni, ada lagi satu tempat jual paperbag murah. Dekat Green Tree ni.


http://www.greentree.my/paper-items



Update : 13 June 2016
New Location WAKIM Plastic
SYARIKAT PERNIAGAAN WAKIM SDN.BHD (142610-M) 
NO. 148 , JALAN ABDUL RAHMAN IDRIS, 
KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2602 1174, 03-2692 1721, 03-2691 4297
FAX: 03-2692 8221
sales@plasticcontainer.com.my


Our DIY-ing Project Idea.




MoshiMoshi!

Hai. Lagi 43 hari je lagi masa yang tinggal untuk I gigih DIY-ing semua plan I before majlis 8th September 2012 nanti. I tak boleh ngelat ke hape dah sekarang. I kena on schedule siapkan DIY-ing Project ni. Kalau tak, habis la I. Masa limited sangat sekarang ni. Sangat!

So here, I akan nama kan project DIY-ing ni sebagai Our DIY-ing Project! sebabnya I dengan Tunang I akan gigih siapkan semua benda ni. Kecuali ada la dua tiga benda adik I, my mom and aunty siapkan untuk I.

List Our DIY-ing Project
1. Goodies Bag
2. Hantaran both side
3. Hand bouquet
4. Corsage
5. Guestbook (2 types)
6. Guestbook table Props (candy buffet & photobooth termasuk dalam ni sikit)
7. Wooden Signage
8. Bunga Manggar
9. Candy Buffet Label
10. Photobooth Props
11. Bakul for goodies bag
12. Wooden Frame (akan difikirkan)
13. Wedding Cake Props
14. Centerpieces
15. Outdoor shoot Props
16. Penunjuk Arah

Later, I akan update on by one DIY-ing plan ni. Tungguuu~




Wedding Check List Part A (Progress)




MoshiMoshi!

First update on : 08/05/12
Last update on : 25/07/12

List ni akan di update setiap kali kalau dah ada progress.


1. Date & Time
Nikah : DONE
Resepsi : DONE
Bertandang : DONE


2. Venue

Nikah : CONFIRMED
Resepsi : CONFIRMED
Bertandang : CONFIRMED


3. Theme & Concept

Nikah : CONFIRMED
Resepsi : CONFIRMED
Bertandang : PENDING


4. Important Task

Duit hantaran : CONFIRMED
Mas kahwin : CONFIRMED
Tok kadi : CONFIRMED
Hantaran (untuk perempuan) : 7 DULANG
Hantaran (untuk lelaki) : 9 DULANG


5. Legal Documents

Kursus kahwin (P) : DONE
Kursus kahwin (L) : DONE
HIV Test : DONE
Borang Nikah (P) : DONE
Borang Nikah (L) : DONE
Borang Tok Kadi : DONE
Borang lain-lain : DONE


6. Cincin Kahwin

For Her : NOT YET
For Him : NOT YET


7. Catering/Canopy

Nikah : CONFIRMED
Resepsi : CONFIRMED
Bertandang : CONFIRMED


8. Invitation Card

Vendor : DONE
Jumlah kad : DONE


9. Guest List

Nikah : NOT YET
Resepsi : NOT YET
Bertandang : NOT YET


10. Make Up Artist (MUA)

Nikah : BOOKED
Resepsi : BOOKED
Bertandang : BOOKED


11. Pembaca Doa

Nikah & Resepsi: NOT YET
Bertandang : NOT YET


12. Pelamin

Nikah : BOOKED
Resepsi : BOOKED
Bertandang : PENDING


13. Wedding Outfits


a) Attire
Nikah L & P : CONFIRMED
Resepsi L & P : CONFIRMED
Bertandang : CONFIRMED

b) Tailor
Nikah : CONFIRMED
Resepsi : CONFIRMED
Bertandang : CONFIRMED

c) Accessories
Nikah : NOT YET
Resepsi : NOT YET
Bertandang : NOT YET

d) Kasut
Nikah L & P : NOT YET
Resepsi L & P: NOT YET
Bertandang L & P: NOT YET

e) Veil & Songkok/Tanjak
Nikah : NOT YET
Resepsi : NOT YET
Bertandang : NOT YET


14. Bridesmaid Attire

Nikah : CONFIRMED
Resepsi : CONFIRMED
Bertandang : NOT YET


15. Family Attire

Nikah : CONSIDER DONE
Resepsi : CONSIDER DONE
Bertandang : CONSIDER DONE


16. Bestman Attire

Nikah : NOT YET
Resepsi : NOT YET
Bertandang : NOT YET


17. Hantaran

Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For Huda Luna : NOT YET
Untuk Ipin Sepet: NOT YET


18. Official photographer (OP)

Nikah + Resepsi : BOOKED
Bertandang : NOT YET


19. Official Videographer (OV)

Nikah + Resepsi : BOOKED
Bertandang : NOT YET


20. Doorgift

VIP : CONFIRMED
Adult : CONFIRMED
Children : CONFIRMED


21. Hand Bouquet

Nikah : DIY
Resepsi : DIY
Bertandang : DIY


22. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece/Payung

Resepsi : DIY
Bertandang : DIY


23. Entertainment/Emcee/Kompang

PA system (Nikah & Resepsi) : CONFIRMED
Kompang : NOT YET
Emcee : NOT YET
Senarai Lagu : NOT YET


24. Others

Penunjuk arah : DIY
Bunga Manggar : DIY
Centerpiece : DIY
Corsage : DIY
Henna : DIY


25. Extra

Kos pengangkutan : PENDING
Homestay : BOOKED
Spa : PENDING
Dental : PENDING





Theme Color Nikah dan Resepsi




MoshiMoshi!

Susah jugak sebenarnya nak decide dan finalize theme color ni. Lepas fikir punya fikir. Susun warna color sebelah menyebelah. Tanya pendapat tunang dan aunty.
*padahal paksa dia suka jugak color tu muahahhaa* . Baru la color ni menjadi pilihan. Pheww~



Warna Tema Attire Family Perempuan

Dusty Blue Dusty Blue Dusty Blue


Warna Tema Attire Bridesmaid/Groomsman

Photobucket Brown


Warna Tema Attire Pengantin (Bride & Groom)

Dusty Pink White


Warna Tema Keseluruhan untuk Majlis Nikah & Resepsi

Photobucket Brown Dusty Pink Dusty Blue White



Dah. Setel. Ni la color theme I nanti. Actually banyak I dengar bunyi bunyian sumbang dari kengkawan/family yang tak berapa rapat. Diorang cakap . . .


"Amboi banyaknya color. Kenapa tak pilih je semua color. Baru MERIAH!"

"Orang guna dua warna je selalu nya, kau ni pakai sampai 7 8 warna."

"Eee. Tak serabut ke banyak warna?"

"Mana ada orang buat color banyak banyak ni Huda oi!"



Haihh perlii nampak. Kome tak tengok ke wedding mat saleh guna color combination untuk majlis diorang ke? Sangat OHSEM kot! Meh nak tunjuk website tu.

The Perfect Palette


Sekarang ni. Ni majlis I. Suka hati I la ye tak? I tak suka tipical color combination yang ada sekarang ni. I tak suka baju kebaya yang sarat manik sana sini dekat dada sampai nampak macam pakai bra dekat luar baju tu. I tak suka pakai tudung awning masa nikah or resepsi or tandang. Tiap orang lain cita rasa nya bukan?

Yeah! I iz BRIDEZILLA now. Kalau salah sikit, tahap nak marah tu Ya ampunnnn~


Create Form Alamat Tetamu Menggunakan Google Docs




MoshiMoshi!

I try ringkaskan tutorial ni. Harap paham la eh.

1. Dekat browser paste link yang ini. https://docs.google.com/ lagi bagus kalau ada akaun gmail.

2. Lepas tu bila dah masuk dalam google docs, tekan button create tu.


3. Bila dah tekan button create tu, akan keluar pilihan docs. Pilih Form.


4. Lepas dah pilih Form, akan keluar window di bawah ni. Dekat window Form ni la kita akan isi data yang kita nak dan boleh tambah berapa banyak soalan yang kita mau.


5. Untuk select soalan pertama, klik dekat soalan dan dia akan di highlight warna kuning. Dekat soalan pertama, isi Question Title as Nama dan Question Type tu dalam dropdownlist pilih Text sebab Text sesuai untuk isi Nama. Dah pilih, tekan button Done.


6. Sama macam step no 5. Cuma Question Type tukar jadi Paragraph Text dan klik Done bila dah setel.


7. Sekarang boleh pilih Theme yang kita nak dekat penjuru atas belah kiri. Jangan lupsa save setiap apa yang korang buat. Button save di penjuru kanan.


8. Pilih theme dari senarai


9. Akan appear window contoh theme yang korang pilih dan click Apply.


10. Balik ke google docs Home. Document korang dah di create. Click pada title document tu.


11. Lepas click akan keluar window ni dan click pada tab Form dan pilih Go to Live Form.


12. Ini adalah Live Form korang yang dah boleh orang isi alamat dan korang akan dapat data.


Ok dah siap. Sorry kalau tak paham. Selamat Try and Error. Dah lama pencen buat tutorial sejak dekat blog Huda Luna Hussin Al-Sagoff lagi. Malas nak print screen dan explain. >.<"



Undangan Walimatul Urus




MoshiMoshi!

Korang mesti pening nak fikir cara nak kumpul alamat tetamu untuk menjemput diorang ke majlis kahwin kita kan? Habis habis pun kita akan terjah satu satu satu satu satu friendlist dalam facebook untuk menjemput betul tak? Kita akan inbox diorang dan minta alamat. Tapi sampai berapa banyak je orang yang kita rajin nak minta? Kita pun ada banyak kerja lain betul tak?

Deswai la I terfikir cara ni. *idea dapat sebab masa dekat universiti pernah guna method ni untuk buat questionnaire. genius tak?* Kita guna google docs by google. Create form dan isi borang tu dengan info yang berkaitan dan publish. Copy link dan paste ke Facebook ke Twitter ke Blog ke. Setel. Tak payah lagi susah payah terjah inbox kawan kawan kita untuk minta alamat.

Borang Alamat Tetamu Undangan Walimatul Urus Huda & Ipin
*kalau nak kad isi tau borang ni


Ini google docs I. Untuk memudahkan I collect semua alamat orang. Senang sikit proses. Print dan tampal dekat sampul surat alamat yang diorang isi tu. Cepat dan menjimatkan masa. Saat saat genting macam ni, tiap saat tu sangat berharga tau. *52 days to go*

*I akan buat tutorial cara create Form dekat google docs kejap lagi.


Kursus Kahwin di Masjid At-Taqwa TTDI




MoshiMoshi!

Sabtu Ahad lepas. I baru la terhegeh hegeh pergi kursus kahwin dekat Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail. Asalnya patut dua minggu lepas dah pergi under JAIS yang depan Masjid Shah Alam tu, tapi disebabkan demam dan bangun lambat dah tak sempat nak pergi. Daftar 730pagi. Memang harapan la nak cepat siap. Sekali bersiap pun sejam. *lagi pun orang JAIS tak friendly pun. masa Faks borang pun macam nak marah marah*

Lepas dah "ponteng" pergi kursus kahwin JAIS yang KENA booking awal (dekat sebulan sebelum jugak la booking nak kursus kahwin dekat situ), mula la gelabah cari tempat lain untuk buat kursus kahwin. Ye lahh. Nak kahwin kan kena la ada Sijil Kursus Kahwin. Kalau tak macam mana nak kahwin!

Dah lepas gelabah dua tiga minit. Tunang tanya abang dia dulu buat kursus kahwin dekat mana. Abang dia cakap dekat TTDI dan sangat best. Tak mengantuk. Tapi sebab tunang I tu sangat la lambat response whatsapp, I pun terus google dengan keyword "Kursus Kahwin TTDI" dan "Kursus Kahwin Taman Tun".

Nahhh. Banyak yang keluar dekat search tu dengan segala entry feedback (Macam I tengah buat sekarang ni la. Tengah bagi feedback) b2b / ex b2b yang pernah pergi kursus kahwin dekat sana. Menarik. Macam macam komen yang I baca dan semuanya positif positif! Yay! Ini sangat menarik!

* baca feedback kursus kahwin TTDI ni dekat sini :

Kebanyakkannya b2b / ex b2b komen yang ceramah diorang ni best. Tak mengantuk. Ustaz dan ustazah kelakar. Cara penyampaian best dan info banyak yang dapat. Makan sedap. Time flexible. Ruang kuliah besar. Aircond sejuk. Nak solat senang. Parking pun senang sebab dalam ruang masjid. Penganjur peramah, friendly dan sangat membantu.

Tanya saja lah apa pun yang kita tak paham dekat Kak Ana (penganjur) , InsyaAllah dia jawab soalan soalan kita tu. Contoh hari tu I tanya pasal borang Nikah macam mana nak buat. Sebabnya I ni bukan orang KL tapi Nikah di KL dengan IC beralamat di Ipoh dan parents di Kedah. Haa. Pening bukan?

Ok sambung cerita. Lepas I rasa tempat ni menarik dan I tak kan bosan, Terus I call Kak Ana cakap nak booking untuk next week tu (7 July 2012 & 8 July 2012). Dan Alhamdulillah Kak Ana hantar SMS pengesahan yang kitorang di terima untuk berkursus di sana. Yay!

Fees :
RM80

Foods :
minum petang (Sabtu), makan pagi (Ahad) dan makan tengah hari (Ahad)

Time :
Sabtu (2pm-7pm) dan Ahad (830am-430pm)

Registration Time :
Sabtu 1pm

Venue :
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail

Modul :
Prosedur Perkahwinan & Pembubaran,
Komunikasi Suami Isteri & Akhlak,
Kesihatan,
Ibadah & Akidah,
Pengurusan Stress & Konflik & Rundingcara Keluarga dan
Hubungan Keluarga & Pengurusan Sumber.

Penceramah :
Dari JAKIM, Astro Oasis, LPPKN, Kementerian

Website :

Penganjur :
Fauzi / Kak Ana ( 012 603 2257 / 012 978 3149 )

Cara Daftar :
via SMS (SMS/Call Kak Ana dan akan dapat SMS pengesahan) or via website.

I malas nak nak cerita hal hal lain. Sebab semua nya komen sama jugak dengan b2b / ex b2b. Tempat ni best dan sangat recommended! Siap 4 jam sebelum berkursus Kak Ana SMS bagitau jangan lupa hari tu kita ada kursus kahwin. Dan kalau terlambat 5-10 minit pun masih dibenarkan masuk. Tapi jangan la pulak lambat sejam. Tu nanti kena repeat modul tu minggu yang akan datang. Tak ke rugi tu. Then sijil siap hari Rabu minggu seterusnya. Sijil dari JAKIM.


Haha. Ni je satu satu nya gambar dalam kuliah yang I ambik. Terlalu fokus dekat ceramah sampai tak ada masa nak ambik gambar. So kepada bakal bride to be yang sedang mencari tempat untuk berkursus kahwin, adalah sangat recommended untuk berkursus dekat sini! Rating I kasi 4 out of 5.

Haaa sebelum I lupa. Baik I tulis sekarang. Better pergi kursus kahwin 3 4 bulan sebelum majlis. Banyak info yang dapat dan tips tips untuk keluarga. Dan eloknya pergi dengan pasangan. Baru dapat feeling dan masing masing akan takut untuk lafazkan cerai dan akan usaha menjaga rumahtangga yang akan dibina. Semoga perkahwinan kita kekal sampai Jannah Allah.




 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.