Showing posts with label HIV Test. Show all posts
Showing posts with label HIV Test. Show all posts

HIV Test dan 88 hari lagi




MoshiMoshi.

Memula kemain cuak nak buat HIV Test ni. Sebab takot kot kot la ade HIV. tsk. Kemain la ketaq lutut I dua tiga minggu sebelum HIV Test ritu sampai laaaaaaaaaa 4 June lepas.

Masa isi borang lepas tu kena baca pamplet pasal HIV pun duk risau. Ye ah mana tau kita tercucuk benda tajam ke ape ke yang terdedah dengan virus tu. Bahaha. Drama Queen.

Last last setel pun HIV Test ni. Hee alhamdulillah Done satu kerja. Pergi dengan #DearFutureHusband pastu memasing pedih hujung jari kena ketip untuk amik darah.

Ok firstly nak bagi tips pasal HIV Test ni. HIV Test diorang buat pukul 2 petang sampai 4 petang je.

0. Buat appointment sekurang kurangnya 3 minggu lebih awal.

1. Sediakan RM1 untuk setiap sorang. Kalau pergi berdua dengan pasangan bawak la RM2.

2. Lepas tu jangan lupa bawak borang HIV Test dari pejabat Agama memasing. Kalau tak bawak still dekat Klinik Kesihatan Kerajaan tu sediakan.

3. Jangan lupa bawak pen ye. Sebab nak isi borang. Perempuan pulak akan dapat borang extra. Borang Thalassemia dengan borang Pre Pregnancy. Dia akan tanya soalan sikit. Tapi tempat yang I buat HIV Test ni (Klinik Kesihatan Plaza Pantai, Bangsar) tak tanya apa sangat pun.

4. Masuk masuk Klinik Kesihatan tu, jangan terus tekan nombor giliran. Pegi kaunter dulu cakap ada buat appointment atas nama sendiri dan bagi no IC.


Hehe gambate untuk future bride to be yang lain. Rasa lega sikit bila satu step dah Done. Lepas ni nak setel borang nikah dan kursus kahwin. Oh ya. HIV Test leh je buat walaupun belum kursus kahwin. Dan HIV Test ni valid untuk 6 BULAN sahaja tau!

Dan hari ni, lagi 88 hari lagi before wedding kitorang. Mesti la update 88 hari kan. Dah kata lahir tahun 88 dedua. =P






 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.