Decoration bilik baby...




MoshiMoshi!
Assalamualaikum semorang :')

Alhamdulillah aku sekarang dah 27 weeks pregnant. *yay!* Nanti aku update progress pregnancy dari 16 weeks sampai laaaa sekarang. This week nak masuk 28 weeks. Dah nak masuk 3rd trimester pregnancy dah. Dah tak lama lagi je dah nak bersalin. Kalau ikut doktor, EDD 30 June nanti. masa tu 40 minggu la. Aku harap sangat baby keluar masa betul-betul cukup 36 minggu. Nak puasa bulan ramadaannn! Nak pergi bazarr! Nak solat raya! sobs. Baby sayangg, tolong mummy eh. Keluar masa 36 weeks tau.

So far preparation barang-barang baby masih terkawal walaupun banyak lagi je aku rasa tak beli lagi. *phew!* Barang baby sumpah mahal! Maternity dress pun sumpah mahal! Tak kuasa aku nak membeli maternity dress yang mahal tu. Barang baby pulak memang boleh buat sesak nafas tengok harga dia. Kena pandai survey dan compare. Tu je tips dia. Kadang barang sama material sama tapi lain kedai lain tempat lain harga dia. Isk isk isk.

So kebanyakkannya barang-barang baby ni aku beli dekat GM Klang (memang berbaloi sangat!), Expo-Expo baby (tapi tak semua la expo murah), Warehouse Sale (ini sangat menjimatkan!), Ikea (sikit-sikit je la), Baby Outlet Sale (yang ni kena cepat sebab barang lawa cepat habis) dengan kedai kedai area office dan rumah aku ni yang murah murah la jugak macam Gift from Heaven, Mum Dreams, Mama Paradise dengan My Prince My Princess

Ada jugak sesetengah barang aku beli dekat facebook macam stroller Quinny Zapp Xtra, aku beli dari kawan blogger jugak dekat facebook dia Mama Panda Store. Berbaloi-baloi! Nanti dekat lain entry aku cerita pasal stroller dan kenapa aku nak sangat jugak stroller ni. Soon aku nak beli Maxi Cosi car seat pulak dekat dia. Kumpul duit dulu hehe. Lepas tu breastpump. Aku decide nak beli Medela Free Style (FS) sejak pregnant 3 bulan lagi, dan bayar secara installment dekat Akak Ajasu MyBreastPumpShop selama 7 bulan. Ok la kan? Tak terasa la sangat duit tu mengalir. Itu pun hasil rekemen Zimie hehe. 

Aku tinggal nak terjah Expo (dekat Mid Valley this week 7 April dengan awal May) dan Warehouse Sale Pureen (hujung April ni) nak beli baju lubang lubang tu, seluar pendek, towel, nursing cover, nursing pillow (harap-harap orang kasi hadiah malas nak membeli yang ni), botol susu, cotton balls, baby oil, tungku baby, baby bip, termometer, sikat/berus rambut, barang mandi (newborn awal awal mandi air biasa je), nursing bra, nursing pad dengan play pen.

Bedding quilt set aku beli online dekat Ummi Craft dan hujung bulan ni dapat la kot. Lain-lain aku rasa dah setel dah. Tiap-tiap bulan beli sikit-sikit. Power jugak ahh. Hahahah. Set bersalin pun dah setel. Hihihi. Pastu, kalau Baby Outlet ada buat sale nanti aku singgah jugak. Pastu 12 April ni dekat Stadium Melawati Shah Alam ada expo jugak.

Barang-barang besar yang tak ada lagi macam baby cot dan almari baby je. Haihhhhh! Kalau tahap berangan nak hias bilik babyy boleh buat air liur melelehh je. Cer tengok gambar-gambar deco bilik baby dekat bawah ni boleh buat menangis!































Hukkk! Dah tengok? Mampu berangann je laa Huda oi. For sure mahal gila perabot jenis macam ni. Dah tu nak hias bagai bilik baby, ade ke ruang nye? Tiaadaaaaaaa. So last je cara untuk aku letak katil baby adalah macam ni. Letak katil dekat hujung bilik dan rapat ke dinding (bilik aku dah la kecik! *sobs*) Tapi itu laaa! Tah bila nye la kan baru beli baby cot tu. Sekarang tengah men-saving duit untuk bersalin nanti. InsyaAllah aku akan bersalin dekat private hospital dan pilih doktor perempuan Islam. Ini pilihan aku dan hubby. Dan inilah yang sebaiknya. 


Ok la, nanti aku update lagi. Banyak nak story tapi malas nak menaip dan upload gambar. Bye! 


8 comments:

Epa Zarifa on Tuesday, April 02, 2013 10:04:00 AM said...

mari nanges sama-sama. baju budak sangat mahal! sama harga dgn baju mak budak... rasanya dah beribu prepare nak siapkan keperluan si kecik dalam perut ni kan :)

Huda Luna on Tuesday, April 02, 2013 10:27:00 AM said...

tu la epaa! jom la kite nangis sama sama. sobs!

mahai sgt baju dorg ni. baju kita pun xde mahal sgt. baju mak budak yg mahal tu pun kdg xmo beli


betul2. dah beribu prepare barang dia je. kemain tak lahir lagi tp barang byk dh abes utk diaaa

-hazen on Thursday, April 04, 2013 1:10:00 AM said...

baca

alin on Thursday, April 11, 2013 3:32:00 PM said...

alalalalaaa comelnye bilik yg pink tu.. hehhehehe.. take care dear.. :)

cha on Thursday, April 11, 2013 11:11:00 PM said...

cantik cantik semua tu huda. rajin dgn tak rajin je nanti haha keep it up k akak nk tgk gmbr bilik baby boleh inspired by huda's baby hee :p

Iwanis A.m.d. on Sunday, May 12, 2013 5:46:00 PM said...

Lawa2 nya bilik baby tu ^^

Hai Huda, saje jln2 blog Huda petang2 ni.hehe

Muhammad Faiz Mohamed Saaid on Thursday, September 25, 2014 1:40:00 AM said...

adui, cantiknya hiasan, macam mahal pun ada

Fatimah Bt Tony on Saturday, August 15, 2015 8:59:00 AM said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hias Bilik Si Manja

 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.