Love Tales Part 1





MoshiMoshi!

Aku kenal dia sejak Julai 2009. Sebab dia sekelas dengan aku. Dekat universiti. Dia direct entry. Makna kata dia senior la kan. Tapi sebaya. Walaupun sekelas, tak pernah bercakap. Apatah lagi duduk berdua. Kalau berselisih pun, akan jadi kekok. Aku jadi malu. Aku akan tunduk. Tak berani nak pandang. Aku tak paham perasaan ni. Awkward. Aku tak suka dia pun. Lagi pun dia dah berpunya. Aku pun. Mungkin sebab dia hensem kot. Aku fikir.


Ada satu hari tu dalam bulan puasa tahun 2009 tak salah aku. Kami diletakkan dalam group project : "Ethnic Relations". Aku jadi excited! Entah kenapa. Tapi sebenarnya sangatlah malu meow. Tapi untuk keep in contact dengan ahli group, aku beranikan diri mintak nombor phone dia. Aku save nombor dia dengan nama "UMP Ipin". Masa tu dia sekadar kawan sekelas, segroup. Tak lebih dari tu.

Malam raya September 2009, aku masa tu tengah berjaga. Sambil kemas rumah sambil buat kuih samperit untuk bf aku masa tu. Jam dah dekat pukul 3 pagi masa tu. Bf dah tido. Aku nak tido tapi kuih tak siap lagi. Aku ambik phone, bukak phonebook dan browse satu satu nama. Dari huruf A sampai huruf Z. Tak tahu nak kacau siapa. Then aku online kejap. Bukak facebook. Aku tengok ada someone ni belum tido lagi.

Aku pun capai phone then call nombor dia. Dengan tak pernah bercakap sebelum ni, tetiba aku boleh call dia. Call nombor "UMP Ipin". Dia belum tido lagi kata dia. Aku bercakap dengan dia dekat sejam la jugak. Lepas tu sms sampai takbir raya pagi tu. Banyak yang aku sembang dengan dia masa tu. Pasal family. Pasal kelas. Pasal assignment. Pasal raya. Pasal partner masing-masing masa tu. Banyak jugaklah yang kitorang sembang dalam tak pernah-pernah bercakap tu. Tapi sampai pagi tu je lah.

Dua minggu lepas cuti raya. Masuk kelas macam biasa. Tak cakap pun. Cuma bila berselisih, akan senyum. Tapi dalam minggu tu je lah. Mingu minggu lepas tu, jadi macam mula-mula balik tadi. Berselisih buat tak tahu. Bila dalam group, diskus kerja macam biasa. Dari semester tiga tahun 2009 masuk semester empat then semester lima tahun 2010. Tetap macam biasa. Macam selalu. Buat tak tahu. Sekadar kawan sekelas.

Cuma ada sekali tu. Aku tak ingat bila. Aku call dia. Masa tu dia tengah lepak dengan kawan kawan dia dekat mamak dekat rumah. Aku cakap aku tensen dengan bf aku masa tu. Hal kecik je mesti gaduh teruk. Lepas tu bf akan buat tak peduli dekat aku. Aku tanya dia. Lelaki memang macam ni ke? Dia dengan gf dia pun macam aku ke. Aku tanya dia. Masa tu memang terasa terasing bila bf sendiri sanggup lebihkan blog dari gf sendiri.


to be continue . . .



Aku ada misi




Tanggal 11 february 2011 adalah tarikh dimana aku melamar #dearfuturewife aku menjadi teman wanita aku.

Teman wanita disini bukanlah bermaksud hanya teman, yang dimaksudkan adalah teman hidup didunia dan akhirat. Lagi 2 hari genap aku dan dia sebagai kekasih selama 8 bulan dan aku ada misi.

Misi yang boleh mengubah hidup aku dan dia, ada orang kata kat dunia ni ada 3 perkara yang kita akan lalui.

Permulaan - Dimana kita dilahirkan didunia ini, air mata ibu bapa gembira menyambut.
Perkahwinan - Ia juga seperti waktu kemuncak bagi kita, setelah menemui teman hidup kita dunia akhirat.
Kematian - Adalah waktu kita ditanam, meninggalkan dunia sementara dan ke akhirat kelak.

Insyaallah awal tahun depan kami akan bertunang, ini perancangan kami. Dengan izin Allah SWT akhir tahun depan pula nikah.

Setiap orang perlu ada misi kerana misi ini la yang membawa kita ke mana kita mahu pergi.

Wassalam..

Post via - Blogger for iPhone


Nak pelamin macam ni!




MoshiMoshi!

Tetiap hari hoi sekarang duk berangan pasal kawen ni. Payah ni payah! Sekarang ni duk belek belek mini pelamin untuk tunang. Kalau boleh bertunang ni nak la simple simple je. Tanak la membazir banyak. Sebab banyak lagi duit nak guna masa kawen nanti. Ingat DIY je pelamin tunang macam ni je nanti. Cuma nak bantal banyak banyak.



Tua




MoshiMoshi!







 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.