Tulisan hati Zahiril Adzim untuk Shera Ayob




MoshiMoshi!



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


Untung Shera dapat suami seorang yang puitis. Huhu tetibe berangan nak jadi puitis nanti masa hari i nanti. Hehe




Duit.




MoshiMoshi!


Ape yang i boleh sebut?



" Phewwwwwww! " Sambil lap peluh.



Tak ada kurang kurang 30K tak boleh kawenggg oi! Apaaaa?! 30K? Iye sayang. 30K pun dah cincai dah tu.

Haii la duit. Semua pun pakai duit. Macam mana nak belajar manage duit ni. Nak beli kereta lagi. Rumah lagi. Sambung master lagi. Bayar hutang PTPTN lagi.






*stress fikir masa depan*




Sumber inspirasi . . .





MoshiMoshi.

Setiap orang mesti ada seorang atau dua orang atau lebih yang jadi pencetus sumber inspirasi diorang bukan? Aku ada dua. Sangat respect sangat adore sangat macam macam sangat lagi laaaa.

Okay first about DIY.
Aku sangat sangat inspired dengan Intanorazam. Sebab almost setiap single things dalam wedding dia, dia DIY setiap benda tu. Gigih dan rajin gila dia. Memang patut BBF semua gelar dia DIY Queen. Kreatif. Blog ni pun ada cerita pasal Intan : DIY Queen.



Yang kedua pulak pasal Diet & Exercise.
Sekarang baru aku tahu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Yang penting; Tekad. Einz dulu badan dia agak berisi. dia tak putus putus exercise dan buat diet yang seimbang. Hasil dia memang berkesan. Now badan dia dah tak macam dulu lagi.

Hebatkan diorang? Boleh ke aku jadi macam diorang? Haihh. Aku target by March tahun depan berat aku dah 47kg balik. Sekarang 62kg. Naik mendadak. Nak turun payah! And seboleh nye aku nak DIY je wedding aku nanti. Jimat.


The Colors . . .




MoshiMoshi!

Untuk wedding aku nak sangat sangat color macam ni je masa Solemnization/Reception. Yeap yeap aku nak buat satu je majlis. Senang. Dan jimat banyak cost. Hidup lepas kahwin lagi banyak guna duit oi. Phewww!


Dusty Blue Yellow Dusty Pink White Brown
(Dusty Aqua) , (Yellow/Champagne) , (Dusty Pink) , (White), (Brown)


Hee. Ok tak color ni? Ke mungkin aku include biru terang dgn pink terang sama ke macam mana? Ke tambah dengan purple? Err err. Bayangkan




 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.