Love Notes 1




MoshiMoshi!



If you are the moon, I'll be the earth. Why not the stars? Because the moon is always surrounding the earth.

by #DearFutureHusband, February 2011





Sengal jugak #DearFutureHusband i nih. Mana la dia dapat idea buat quote ni. =.="


Buku Wedding Planner




MoshiMoshi!



Yay! Sekarang dah ade dah buku wedding planner ni. So tiap benda tiap perkara i akan catat dalam ni. So tak ade la nanti miss out ke ape ke. Then boleh buat reference untuk orang lain pulak nanti. ^__^ Yeap! I akan plan sendiri wedding i. Jimat cost!


Tulisan hati Zahiril Adzim untuk Shera Ayob




MoshiMoshi!



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


Untung Shera dapat suami seorang yang puitis. Huhu tetibe berangan nak jadi puitis nanti masa hari i nanti. Hehe




Duit.




MoshiMoshi!


Ape yang i boleh sebut?



" Phewwwwwww! " Sambil lap peluh.



Tak ada kurang kurang 30K tak boleh kawenggg oi! Apaaaa?! 30K? Iye sayang. 30K pun dah cincai dah tu.

Haii la duit. Semua pun pakai duit. Macam mana nak belajar manage duit ni. Nak beli kereta lagi. Rumah lagi. Sambung master lagi. Bayar hutang PTPTN lagi.






*stress fikir masa depan*




 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.