Liyana Jasmay - Cinta Bersatu




MoshiMoshi!

I suka share lagu yang i rasa sesuai untuk play masa wedding nanti. So enjoyyy lagu ni pulak okeh? Lagu ni buat lagu dalam Video highlight wedding pun sangat nice.





Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu




One Step Closer - the Engagement




MoshiMoshi!


Dah tiga minggu dua hari rupanya i dah menjadi tunangan orang. Kejap sangat masa berlalu. Tapi sampai sekarang duk busy sakan sampai tak terupdate lagi masa hari tunang tu. Macam-macam busy nye. Dari cari dewan, ke cari vendor pelamin, ke vendor catering, OP OV, kad kahwin, pergi Jawi, pergi Jais dan macam macam lagi laaaaa.

Huh! Cari dewan la yang paling payah. Sumpah dalam masa sekarang ni banyak dewan dah tak available. Ye ah last minit tunang last minit decide tarikh kahwin. Mana tak full. Orang lain semua book awal tahun tak pun dari tahun lepas ni. I ni lagi 4 bulan nak kahwin baru cari dewan. Gila betul. Tapi Alhamdulillah dapat jugak la dewan. Deposit pun dah bayar. Yay!

Alhamdulillah, 3 minggu 2 hari yang lepas, I dah pun menjadi tunang kepada #DearFutureHusband pada 14 April 2012 (tarikh titanic karam ni, jangan kitorang karam dah la). Majlis berjalan lancar macam yang dirancang. Simple dan meriah.

Baju pun baju sendiri je. Lepas ni baju tu buat pakai pegi ofis. Jimat kan? Veil DIY. Pelamin DIY. Hantaran half DIY. Hand bouquet DIY. Bunga rampai DIY. Makanan je tempah catering dan khemah satu biji sebab tetamu datang 30 orang. OP OV? Tiada. Sebab majlis ni serba sederhana. Kahwin nanti OP OV baru all out. Majlis pun try all out. *amboi*


Hantaran 9 balas 7
Tema Purple dan Kuning

Malu yang amat sebab banyak sangat camera
dan orang tengok. >.<"

Berdebar tapi tak sejuk tangan.
Malu lebih nye pasal kot.
Yay! Dah jadi tunang #DearFutureHusband.

Your Mom. My Mom.
You and Me.

Aunty Yom, Mak Chaq, Umi, Me and bakal Mak.
Sayang semua,

adik. Husna Lana.
adik saya cuma sorang aje tapi dia macam kakak.

Hana dengan Ainee mau join sekali.

Dengan housemate dan kawan baik tersayang
yang datang dari KL lepas kerja.
Thanks korang.

Ainee, Me and Hana (mak enon).
kawan blogger yang dah kenal bertahun-tahun.
Thanks Ainee & Hana.


Lepas ni update review DIY semua okey? Busy sangat tak ade masa nak update. Sorry.


Engagement Make Up Inspirations




MoshiMoshi!

I ni bukan lah manusia yang gheti mekap mekap ni. Tangan kayu. Seni pun tarak ada punya. Tapi pelan pelan I study dekat blog Fyna Here cara nak mekap mekap ni. Suka cara dia mekap. Natural, simple dan nice. Dulu dia ada dalam facebook I tapi tak tau pasaipa kena remove dengan dia wuuu sedih. Sakit hati sikit tu ade la. Tapi still suka jenguk blog dia tengok dia update. Tamo komen dah sebab merajuk kena remove. Haha.

Antara semua mekap dia ni, I paling terberkenan tang mekap yang ni. Fyna bagi nama Grecian Goddess Makeup. Memang sangat nice!


Ok dah. Sekarang semua yang nak belajar mekap pergi la serbu blog fyna tang label Makeup tutorial ni.

Hari tu masa tunang kunun la nak ikot style make up yang ni. Make up sendiri la katakan. Hampess. Tak berjaya. Tangan kayu nak buat aktiviti seni. Harapan je laaaaa~

Oh ya nanti pelan pelan I update pasal engagement dan siapkan tempahan header dan blog. Sekarang baru lega sikit dari busy yang melampau.



My Engagement Checklist and Budget




MoshiMoshi!


ENTRY NI STICKY POST
NEW ENTRY DEKAT BAWAH


Date : 14 April 2012 (Muktamad)
Time : 11.30 am
Venue : Ipoh Jaya
Theme : Color Block (Peacock Theme)

Range Colors :
1. (Purple Family - Lavender/Plum) +
2. (Pink Family - Dusty Rose/Coral) +
3. White +
4. (Green Family - Green/Lime Green/Emerald Green) +
5. (Yellow Family - Light Orange/Antique Gold) +
6. (Blue Family - Turquoise/Baby Blue)


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


Dua Warna skip dan ganti dengan Turquoise.
Warna yang skip Green Family dengan Pink Family.
Tapi mungkin akan guna jugak Pink dan Green untuk hand bouquet.


Photobucket Photobucket


Meh nak kasi cuci mata sikit bila warna-warna ni combine.

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Boleh bayang tak bila semua color ni combine? Purple, Yellow, Turquoise wedding theme? Atau lebih glamer orang cakap Peacock Wedding Theme. Cuba tengok Bunga orkid dekat bawah ni.

Photobucket



The Ring (RM 1310)
For Him : #DearFutureHusband cakap tak payah
For Her : Wah Chan (Risik) & Poh Kong (Tunang)


Attire
For Her (RM 190)
1. Baju : Kain Pasang - RM 56
2. Tudung : Syria Chiffon - RM 35
3. Kasut : Sendiri
4. Accessories : Kerongsang - RM10
5. Hand Bouquet : Bunga Putih DIY - RM 24
6. Make up : Sendiri
7. Henna : Sendiri
8. Tempah Baju : Kurung Moden - RM65

For Him (RM 156)
1. Kemeja : Putih - RM156
2. Jeans : Sendiri
3. Kasut : Sendiri


Hantaran Decorations
For Her (RM 500)
1. Deco Items (tempah sebab tak sempat DIY tapi touch up sikit sendiri)
2. Trays : 9

For Him (RM 500)
1. Deco Items : (tempah sebab tak sempat DIY tapi touch up sikit sendiri)
2. Trays : 7

Hantaran Items
For Him (RM ____)
Theme Color : Purple
1. Bunga Rampai : minyak rose, daun pandan, bunga ros &bunga kekwa - RM25
2. Buah-buahan : Epal merah, Anggur & Strawberry- RM25
3. Coklat : Ferrero Rocher - RM35
4. Kek Fondant : Chocolate Moist - RM100
5. Cookies : Tart Nenas Strawberry Coklat - RM25
6. Kuih : Bahulu Ikan Beranak - RM35
7. Chocolate : Famous Amos Rocky Chocolate, Toblerone & Kiss - RM55
8. Gift : Sejadah - RM40
9. Manisan : Halwa Mangga - RM15

For Her (RM ____)
Theme Color : Yellow
1. Kek Fondant
2. Famous Amos Cookies & Toblerone
3. Sejadah
4. Cincin Tunang & Risik
5. Buah-buahan
6. Telekung
7. Tepak Sireh


Capturing the Moments (RM ____)
1. Photographer : Book tapi belum confirm (lari budget, so family je la amik)
2. Videographer :


Pelamin Decorations - DIY (RM 722)
1. Langsir : Yellow (pinjam Aunty Piah)
2. Love Chair : RM129
3. Carpet Bulu (White) : RM450
4. Small Pillow : 8 bantal RM108 (4 Mystical Purple, 2 Gold/Yellow, 2 Aqua)
5. Lampu : chandelier yang ada dalam rumah tu
6. Paper Lantern: RM35


Food and Favours (RM 850)
1. Catering : RM500
2. Canopy : RM350 (termasuk scallops)


Invitation
1. Guest : Family and Close Friends



Update 1 :
Biarpun lambat lagi sebab kitorang still dalam planning (tapi dah ada tarikh yang dah decide), tetap kena ada checklist. Baru la akan tau sejauh mana kitorang kena buat. Huhu. Parents pun tak tau lagi ni. Ada duit cukup, planning lengkap terus cakap nak tunang nak kawen. Tak ada la nyusahkan parents nak fikir itu ini. Kitorang fikirkan sesiap untuk diorang. Setel!

Hari tu cakap dekat abah nak kawen pun abah cakap kumpul duit dulu. huhu. Sekarang ni i akan buat plan budget dan TAK AKAN lebih dari budget. Promise dengan diri sendiri.


Update 2 :
Dedua family dah tahu. Sekarang tengah sebok buat preparation (5 March 2012). Gila banyak tak setel tak siap lagi kot ni


Update 3 :
Dah ada tarikh baru. Harap menjadi. (21 March 2012) jangan lerr postpone. Tapi sebenarnya berbaloi gak postpone ni


Update 4 :
Tarikh baru dah decide lepas jadi drama sikit dengan #DearFutureHusband. Tadi (25 Mac) pegi Jalan TAR dengan Semua House beli barang yang patut. Hantaran belah side i, aunty i suruh tempah. Demm! Tak dapat nak DIY sendiri. =(


Update 5 :
Semalam, (8 April 2012) pergi Jalan TAR lagi. Beli segala mak nenek semua benda. Lace, polisterin, net, bunga, riben, lantern sampai lenguh kaki. Dari Sogo ke Jalan TAR, Kedai Riben, Gulati's sampai la Sayang You dekat Semua House. Punya la payah nak cari Sayang You ni dekat tingkat 5. Malam pegi Carrefour Wangsa Maju kunun nak cari karpet bulu, tapi tak jadi sebab mahal sangat. Last-last beli Paper Lantern je dekat Sayang You Station dalam Carrefour tu. Malam ni sambil tengok ABPBH 2011 sambil DIY-ing dua bekas hantaran, hand bouquet dan bekas bunga rampai.


 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.