Myvi Bumblebee kena toreh calar.




MoshiMoshi

Kete baru je tak sampai dua bulan. Tau tau ada orang buat dajal calar kan kete. Rumah dekat PPR KERINCHI! Serius tak suka duduk sana. Parking susah. Orang kurang ajar. Hmm.

See. Tengok laa gambar ni. Terguris hati ni tengok kesan calar ni. Dalam. Pekat.


Dah nak kawen ni macam macam dugaan la pulak. Mana nak cekau duit cat balik kete ni. =(


Review DIY Project #2 : Engagement Dais Ideas




MoshiMoshi!

Hai semorang. Dah nak dekat dua bulan tunang baru reti nak update second review kan. Ok kali ni pasal engagement dais yang di DIY-ing oleh I lepas jenuh brainstorming nak design kekunun ala ala photobooth.

Pelamin tunang I ni cost tak tak sampai RM1000 pun dan I kira semua items ni sebagai asset yang boleh I guna balik masa lepas kahwin nanti. Makna kata, I tak rugi sesen pun sebenarnya. Pelamin tunang yang simple, murah dan senang nak deco. Hee.

So, nahhh. Ni lah pelamin tunang I yang simple buat I rasa paling cute. Cewah. Perasan sendiri.


Meh nak story kos pelamin tunang I ni.

1. Love Chair yang putih tu - RM129
2. Lantern - RM96
3. Bantal 8 biji - RM90
4. Karpet Putih bulu-bulu - RM450
5. Langsir - pinjam aunty.

So total cost engagement dais ni baru dalam RM800++ macam tu. Tapi semua tu jadi hak milik kita dan boleh guna untuk rumah baru nanti lepas kahwin. Hehe. Amecam?

Yang ni tak bercadang nak sewakan. Tetambah karpet bulu bulu tu. Cantik sangat kot!




Yuna - Terukir di Bintang




MoshiMoshi!

Lagu ni pun so sweet kalau play masa wedding nanti ke tak pun video kahwin ke kan?







Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu




Review DIY Project #1 : Veil Tunang / Nikah




MoshiMoshi!

Masa tunang hari tu, I decide nak DIY je veil ni. Masa yang ada masa tu less than one week. Barang-barang yang I nak DIY dah beli dah, tapi masa tak ada sangat nak DIY. So kat sini kekununnya nak tunjuk tutorial DIY veil untuk tunang tak pun nikah.

Item yang perlu ada untuk DIY :
1. 1 meter kain net (RM6.00)
2. 3 meter kain lace berborder dua side atas dan bawah (RM90.00)
3. highlight yang boleh padam
4. gunting
5. jarum peniti yang ada manik tu.
6. kemahiran maths. haha.
7. ketekunan menjahit.
8. benang dan jarum.

So total untuk DIY-ing veil ni hanya below RM100 je without manik manik.

Firstly, kena pandai adjust nak buat bentuk half circle/hemisfera. Mintak tolong housemate untuk lukis sama masa ni. Kitorang guna highlight yang ada pemadam yang boleh padam kesan lukisan lepas tu. highlight murah murah je ada macam ni. Lepas tu gunting. Hasil lepas gunting terlupa lak nak snap.


Sekarang, gunting border dekat kain lace 3 meter yang I beli tu. I potong ikot shape then panjang-panjang. Tak putuskan border tu. Pun lupa nak amik gambar lepas siap potong border lace ni.


Bila dah siap potong border lace dan net tu, mulakan aktiviti menjahit dengan gigih dan tekun. Masa jahit pun tak amik gambar. huahua. So, I tunjuk je la hasil DIY-ing Veil tunang I ni je la eh. Huhu veil ni I jahit tak sampai separuh jalan. Lepas tu buli adik I mintak dia jahit bagi habis. Nasib baik dia nak tolong. Tapi ada exchange la. I pulak kena tolong dia lepas tu.



Veil ni siap malam before tunang. Sebab tu I tak sempat jahit sendiri bagi habis sebab banyak lagi kerja lain nak kena buat. Masa tu dah pasrah kalau tak ada veil.


Veil ni labuh dan sangat nice bila dah dipakai. Kalau ada sesiapa nak sewa boleh la sewa dekat I dengan harga RM60. Dan deposit keselamatan RM 50. Deposit akan dipulangkan. Anyone berminat?





 

Copyright 2010 Still Counting . . . by Huda Luna. Edited by HudaLuna.